Wednesday 16 May 2012

IBUNDA DIMULIAKAN


اسسالاموالايكوم 


بيسميلاهيراهما نيراهيم

Alhamdulillah....

         Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan Limpah Kurnia Nya, maka dapatlah sekali lagi idea dikurniakan untuk mengisi sedikit luahan hati dalam blog kali ini. 

        Pengisian kali ini berpunca daripada sebuah lagu yang menjadi siulan saya pada jam 3.00petang, 13Mei 2012 . Mana tidaknya, sedang asyik berbual menunggu juadah makanan tengahari di kedai makan kk3, UM tiba di atas meja , secara tiba-tiba kedengaran lagu popular era 90an, 'Oh Ibu' nyanyian Mamat Exist. Sedang asyik menyanyi tiba-tiba teman sepengajian menangis. Saya menjangkakan yang dia menangis disebabkan sudah lama tidak balik ke kampung halaman. Untuk membiarkan lagi suasana girang saya hari tu bertambah riak dan cuba untuk memanjangkan suasana sedih kawan saya itu, saya teruskan nyanyian dengan niat saya gembira melihat dia menangis. Bukan apa kami selalu berperang kalau berjumpa. Tapi peperangan kami adalah berkaitan sikap kami sendiri yang cuba untuk menegakkan benang yang basah atas sesuatu isu yang kami bangkitkan. Pada hari kejadian saya merasakan hari itu adalah hari saya.. hahaha.. (ketawa orang yang berjaya).. Tapi lain pula berlaku apabila seorang teman yang cuba meredakan kesedihan sahabat saya itu mengatakan yang ibunya telah meninggal dunia. Terus  Hari kami pada hari itu menjadi suram tiba-tiba. Kami menatapi kekesalan kerana membangkitkan lagi rasa sedih sahabat kami ini atas ketiadaan ibunya. Namun, hasil daripada kejadian ini kami mendapati bahawa sahabat kami ini menyimpan sesuatu bebanan dan kesedihan yang tak tertanggung kiranya diberikan Allah kepada kami.
        Sahabat kami ini kuat orangnya, cekal hatinya. Tugas anak sulung yang bertanggungjawab menuntut ilmu jauh daripada  keluarga yang disayangi itu diharap dapat memberi inspirasi kepada 6 beradiknya lagi. Saya mendoakan agar ibu sahabat saya ini berada di samping hamba-hamba yang bertakwa dan beramal soleh disisi penciptanya. Semoga sahabat saya ini juga cekal dan ceria dalam menuntut ilmu dikejauhan rantau ini. Kiranya saya berharap agar ada lagi perkongsian antara kita. 

‘Sharing is caring’.

         Diharapkan agar kalian dapat mendalami kisah ini dan tidak menjadi halangan untuk saya berkongsi penulisan saya berkaitan tajuk ini. Untuk kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU  khususnya buat MAK  yang tersayang dan juga buat mereka yang bergelar ibu atau yang bakal bergelar ibu di seluruh dunia. Apabila membicarakan tentang Hari Ibu ni sebenarnya agak segan bagi diri untuk berkongsi dengan khalayak kerana kehidupan saya ini yang mungkin agak berbeza dengan teman yang lain. Mungkin pada teman-teman, mengucakpakan Selamat Hari Ibu itu adalah mudah umpama A,B,C.. tetapi bagi saya, sangat susah untuk bibir menuturkannya. Bukan tidak rapat dengan MAK, tetapi berasa malu kerana bukan sikap yang dianjurkan dalam keluarga sejak kecil dan sudah menjadi kebiasaan dalam keluarga untuk tidak menyambut Hari Ibu. kerana pada kami sekeluarga setiap hari adalah Hari Ibu mahupun Bapa.


          Hari Ibu ini diwujudkan adalah untuk memberi pengiktirafan buat ibu-ibu di seluruh dunia tentang jasa dan pengorbanan mereka mendewasakan anaknya. Justeru hal yang sama juga pada ana, cuma mungkin gaya, cara dan konsep saya mengeksperesikan kasih dan sayang saya agak berbeza dengan kalian. Pada saya, setiap hari kita hendaklah memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada Ibu dan Bapa kita. Kita lahirkan rasa kasih dan sayang yang sememangnya membantu dan berkorban demi kita tidak kira masa dan waktu.
        
          Tidak lama lagi cuti bakal tiba menamatkan semester ini  Justeru saya ingin mengesyorkan sahabat-sahabat, agar di musim cuti ini, tidak perlulah kita mencari kerja sangat, bukan melarang atau mencadangkan tindakan yang boleh membantutkan proses perkembangan kendiri sebaliknya hanya cadangan agar duduk di rumah dengan membantu Ibu dan Bapa , agar kesunyian mereka tanpa kita sewaktu kita sibuk mengejar ilmu pengetahuan terubat dengan mendengar celoteh anaknya yang makin matang berbicara dan secara tidak langsung ibu atau bapa akan senang  dan gembira melihat anak mereka itu. Hargailah ibu bapa kita!. Kasihi mereka, beralahlah tika tidak berpuas hati dengan tindakan mereka.

Sampai di sini sahaja coretan kali ini. Mungkin agak perlahan pengisian kali ini. Namun saya harap kita ambil berat akan peristiwa dan perkongsian pada kali ini. IBU @ AYAH. Tanpa mereka tidak berertilah kita.
Kawan-kawan yang membaca jangan lupa agar mendoakan kesejahteraan orang tua kalian, dan berbuat baiklah kepada kepada mereka agar kalian ditempatka dengan orang yang bertakwa.

Harapan agar coretan ini di baca MAK , HANIDAH BINTI OSMAN yang disayangi..



Di sini saya ingi memberi sedikit perkongsian saya tentang hadis yang saya dalami;

1) Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan murka Allah pun terletak pada murka kedua orang tua. (HR. Al Hakim)  

2) Seorang datang kepada Nabi Saw. Dia mengemukakan hasratnya untuk ikut berjihad. Nabi Saw bertanya kepadanya, "Apakah kamu masih mempunyai kedua orangg tua?" Orang itu menjawab, "Masih." Lalu Nabi Saw bersabda, "Untuk kepentingan mereka lah kamu berjihad." (Mutafaq'alaih)Penjelasan:Nabi Saw melarangnya ikut berperang karena dia lebih diperlukan kedua orang tuanya untuk mengurusi mereka.

3)Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir. (HR. Muslim)Penjelasan:Yang dimaksud kufur nikmat dan bukan kufur akidah.




Sekian dariku, Hazwan Zulkifle.

"Akan Tiba Satu Detik Dan Saat
 Di Mana Kita Akan Kehilangan Tempat Bergantung
 Sehinggalah  Kita sedar 
Bahawa Allah Sentiasa Bersama Dengan Kita"











4 comments:

  1. Teringat sebuah lagu nasyid zaman sekolah yang menggegar jiwa.. Redha ALLAH menjadi jaminan pada redha Ke dua INSAN (ibu & ayah)

    ReplyDelete
  2. Salam Hazwan

    Terima kasih kerana berkongsi, mengingatkan.
    Very inspiring.

    Sayang dan doa,
    Abang Amirul & Kak elin

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kak Elin & Abang Mirul sudi komen coretan di atas.

    ReplyDelete
  4. salam,
    touching la hazwan..
    thank you for your sharing..

    ReplyDelete