Assalamualaikum w.b.t. ..
Sekian lama tidak menulis. Berbagai badai dan rintangan yang dilalui secara langsung mahupun tidak langung di saat-saat akhir semester ini. Subhanallah.. Kalau dia kehendaki perkara itu berlaku maka tetap ia akan berlaku..
Coretan kali ini berkenaan masa dan diri ini..
Ketika diri ini sibuk menyiapkan suatu tugasan tiba-tiba datang lagi tugasan baru.. yang datang tu pula bukan lah 1 atau 2 perkara tapi boleh dianalogikan sebagai satu guni sekali banyaknya bertimpa.. manakan nak siapkan assignmentnya, projek-projek kolej dan projek fakulti& universiti lagi. Hanya Allah sajalah yang maha tahu betapa beratnya tanggungjawab yang hendak dipikul ni. Kalau boleh dibahagikan badan ni menggunakan chakra macam siri anime Naruto tu.. hehe.. dah berpecah dah kepada beberapa bahagian kerja-kerja yang hendak diselesaikan.
Justeru apabila berada dalam keadaan begini agak sukar untuk membuat keputusan, oleh itu saya tetap menerima tugasan yang diberikan dalam masa yang sama lebih memilih perkara yang lebih utama dan menyisihkan perkara yang saya rasa boleh dibuat kemudian dengan harapan 'budi bicara @ alasan' diterima..
Namun apa yang berlaku, perkara ini akhirnya memakan diri sendiri apabila niat di hati pada mulanya nak menambah pengalaman sebaliknya hanya ingin menjaga hati apabila diberi harapan dan kepercayaan.. seperti tercabar pula kalau tidak menerima sesuatu tugasan tu. Memakan diri sendiri tu boleh dikatakan seperti kualiti tidur yang kurang baik, masa riadah dan aktiviti memanjakan diri juga tidak teratur, pemikiran bercelaru dan sebagainya.
Oleh itu, saya ingin mengetengahkan beberapa kaedah penjagaan masa berkualiti.
Yang utama ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan disini adalah kita mesti melakukan jadual harian. jadual itu termasuk:
1. Masa membaca buku atau mengulangkaji
2. Waktu bermain atau beriadah
3. Waktu menonton televisyen
4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah
5. Waktu membantu ibu dan ayah
6. Waktu menziarahi rumah kawan
Semua aktiviti yang ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang padu. Perkara ini bukan peraka remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas dan ianya mesti dipatuhi.
Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita menjadi antara orang yang lebih awal menyiapkan tugas-tugas agar pada masa yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran. Kita belajar tidak semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-saat akhir. Kebanyakan orang mengatakan tekanan apabila mendengar tentang peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika cepat merasakan yang bahawa kita sudah tiada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir".
Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Masa cukup tetapi cara untuk menguruskan masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi. Sebagai contoh, semasa berada di dalam LRT atau tempat menunggu bas kita sering akan berasa bosan. Kenapa??? :- Hal ini kerana masa 30 minit yang terluang itu sangat lama untuk sampai ke tempat yang dituju. Sepatutnya semasa di dalam LRT atau tempat menunggu bas,masa boleh di gunakan dengan membaca nota, atau buku-buku agar masa yang ada itu dimanfaatkan dengan aktiviti yang berkesan.
Sebagai manusia kita perlu rehat dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.Kita selalu beranggapan bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita benar-benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan.
Saya mencadangkan agar kita pelajar perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada malamnya pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah kita menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran. Kebiasaannya pada waktu seumpama ini;selesai solat subuh dan sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia. Pakar mengatakan bahawa belajar pada waktu pagi baik untuk mengingat. Pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan.
Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran.
Sekian lama tidak menulis. Berbagai badai dan rintangan yang dilalui secara langsung mahupun tidak langung di saat-saat akhir semester ini. Subhanallah.. Kalau dia kehendaki perkara itu berlaku maka tetap ia akan berlaku..
Al-’Asr 103: (1-3)
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Dipetik dari :
Tafsir Surah Al ‘Asr
Coretan kali ini berkenaan masa dan diri ini..
Ketika diri ini sibuk menyiapkan suatu tugasan tiba-tiba datang lagi tugasan baru.. yang datang tu pula bukan lah 1 atau 2 perkara tapi boleh dianalogikan sebagai satu guni sekali banyaknya bertimpa.. manakan nak siapkan assignmentnya, projek-projek kolej dan projek fakulti& universiti lagi. Hanya Allah sajalah yang maha tahu betapa beratnya tanggungjawab yang hendak dipikul ni. Kalau boleh dibahagikan badan ni menggunakan chakra macam siri anime Naruto tu.. hehe.. dah berpecah dah kepada beberapa bahagian kerja-kerja yang hendak diselesaikan.
Justeru apabila berada dalam keadaan begini agak sukar untuk membuat keputusan, oleh itu saya tetap menerima tugasan yang diberikan dalam masa yang sama lebih memilih perkara yang lebih utama dan menyisihkan perkara yang saya rasa boleh dibuat kemudian dengan harapan 'budi bicara @ alasan' diterima..
Namun apa yang berlaku, perkara ini akhirnya memakan diri sendiri apabila niat di hati pada mulanya nak menambah pengalaman sebaliknya hanya ingin menjaga hati apabila diberi harapan dan kepercayaan.. seperti tercabar pula kalau tidak menerima sesuatu tugasan tu. Memakan diri sendiri tu boleh dikatakan seperti kualiti tidur yang kurang baik, masa riadah dan aktiviti memanjakan diri juga tidak teratur, pemikiran bercelaru dan sebagainya.
Oleh itu, saya ingin mengetengahkan beberapa kaedah penjagaan masa berkualiti.
Yang utama ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan disini adalah kita mesti melakukan jadual harian. jadual itu termasuk:
1. Masa membaca buku atau mengulangkaji
2. Waktu bermain atau beriadah
3. Waktu menonton televisyen
4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah
5. Waktu membantu ibu dan ayah
6. Waktu menziarahi rumah kawan
Semua aktiviti yang ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang padu. Perkara ini bukan peraka remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas dan ianya mesti dipatuhi.
Selalunya kita dengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-olah kita tidak tidak mendapat apa-apa daripada pembelajaran tersebut. Berbeza kadang-kadang kita mendengar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan yang amat cemerlang. Perbezaan antara individu ini adalah hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang kita gunakan. Ini dapat dilihat dalam refleksi yang pernah disampaikan oleh abang mirul n kak Elin berkenaan penciptaan time planner melalui ini ianya dirasakan sesuai dalam menguruskan masa.
Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita menjadi antara orang yang lebih awal menyiapkan tugas-tugas agar pada masa yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran. Kita belajar tidak semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-saat akhir. Kebanyakan orang mengatakan tekanan apabila mendengar tentang peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika cepat merasakan yang bahawa kita sudah tiada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir".
Daripada segi penumpuannya selalu kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila rakan-rakan bercakap tentang pelajaran saya atau beberapa individu sememangnya kurang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun berada dalam keletihan. Oleh itu kita mesti ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran. Gangguan yang lain perlu dielakkan.
Daripada segi penumpuannya selalu kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila rakan-rakan bercakap tentang pelajaran saya atau beberapa individu sememangnya kurang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun berada dalam keletihan. Oleh itu kita mesti ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran. Gangguan yang lain perlu dielakkan.
Sebagai manusia kita perlu rehat dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.Kita selalu beranggapan bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita benar-benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan.
Saya mencadangkan agar kita pelajar perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada malamnya pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah kita menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran. Kebiasaannya pada waktu seumpama ini;selesai solat subuh dan sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia. Pakar mengatakan bahawa belajar pada waktu pagi baik untuk mengingat. Pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan.
Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran.
Setakat ada time planner sahaja belum tentu menyumbang kepada pengurusan masa yang berkualiti; effort, disiplin dan prinsip yang jitu dalam menggerakan apa yang dirancang adalah penting dalam melaksanakan agenda harian.
Salam Hazwan
ReplyDeleteYou got it! It's all about discipline.
We believe in you Hazwan, you can be a great leader to your family, your peers, your community ... most importantly to yourself. InsyaAllah.
Love & doa
Abang Amirul & Kak elin