Wednesday 16 May 2012

IBUNDA DIMULIAKAN


اسسالاموالايكوم 


بيسميلاهيراهما نيراهيم

Alhamdulillah....

         Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan Limpah Kurnia Nya, maka dapatlah sekali lagi idea dikurniakan untuk mengisi sedikit luahan hati dalam blog kali ini. 

        Pengisian kali ini berpunca daripada sebuah lagu yang menjadi siulan saya pada jam 3.00petang, 13Mei 2012 . Mana tidaknya, sedang asyik berbual menunggu juadah makanan tengahari di kedai makan kk3, UM tiba di atas meja , secara tiba-tiba kedengaran lagu popular era 90an, 'Oh Ibu' nyanyian Mamat Exist. Sedang asyik menyanyi tiba-tiba teman sepengajian menangis. Saya menjangkakan yang dia menangis disebabkan sudah lama tidak balik ke kampung halaman. Untuk membiarkan lagi suasana girang saya hari tu bertambah riak dan cuba untuk memanjangkan suasana sedih kawan saya itu, saya teruskan nyanyian dengan niat saya gembira melihat dia menangis. Bukan apa kami selalu berperang kalau berjumpa. Tapi peperangan kami adalah berkaitan sikap kami sendiri yang cuba untuk menegakkan benang yang basah atas sesuatu isu yang kami bangkitkan. Pada hari kejadian saya merasakan hari itu adalah hari saya.. hahaha.. (ketawa orang yang berjaya).. Tapi lain pula berlaku apabila seorang teman yang cuba meredakan kesedihan sahabat saya itu mengatakan yang ibunya telah meninggal dunia. Terus  Hari kami pada hari itu menjadi suram tiba-tiba. Kami menatapi kekesalan kerana membangkitkan lagi rasa sedih sahabat kami ini atas ketiadaan ibunya. Namun, hasil daripada kejadian ini kami mendapati bahawa sahabat kami ini menyimpan sesuatu bebanan dan kesedihan yang tak tertanggung kiranya diberikan Allah kepada kami.
        Sahabat kami ini kuat orangnya, cekal hatinya. Tugas anak sulung yang bertanggungjawab menuntut ilmu jauh daripada  keluarga yang disayangi itu diharap dapat memberi inspirasi kepada 6 beradiknya lagi. Saya mendoakan agar ibu sahabat saya ini berada di samping hamba-hamba yang bertakwa dan beramal soleh disisi penciptanya. Semoga sahabat saya ini juga cekal dan ceria dalam menuntut ilmu dikejauhan rantau ini. Kiranya saya berharap agar ada lagi perkongsian antara kita. 

‘Sharing is caring’.

         Diharapkan agar kalian dapat mendalami kisah ini dan tidak menjadi halangan untuk saya berkongsi penulisan saya berkaitan tajuk ini. Untuk kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU  khususnya buat MAK  yang tersayang dan juga buat mereka yang bergelar ibu atau yang bakal bergelar ibu di seluruh dunia. Apabila membicarakan tentang Hari Ibu ni sebenarnya agak segan bagi diri untuk berkongsi dengan khalayak kerana kehidupan saya ini yang mungkin agak berbeza dengan teman yang lain. Mungkin pada teman-teman, mengucakpakan Selamat Hari Ibu itu adalah mudah umpama A,B,C.. tetapi bagi saya, sangat susah untuk bibir menuturkannya. Bukan tidak rapat dengan MAK, tetapi berasa malu kerana bukan sikap yang dianjurkan dalam keluarga sejak kecil dan sudah menjadi kebiasaan dalam keluarga untuk tidak menyambut Hari Ibu. kerana pada kami sekeluarga setiap hari adalah Hari Ibu mahupun Bapa.


          Hari Ibu ini diwujudkan adalah untuk memberi pengiktirafan buat ibu-ibu di seluruh dunia tentang jasa dan pengorbanan mereka mendewasakan anaknya. Justeru hal yang sama juga pada ana, cuma mungkin gaya, cara dan konsep saya mengeksperesikan kasih dan sayang saya agak berbeza dengan kalian. Pada saya, setiap hari kita hendaklah memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada Ibu dan Bapa kita. Kita lahirkan rasa kasih dan sayang yang sememangnya membantu dan berkorban demi kita tidak kira masa dan waktu.
        
          Tidak lama lagi cuti bakal tiba menamatkan semester ini  Justeru saya ingin mengesyorkan sahabat-sahabat, agar di musim cuti ini, tidak perlulah kita mencari kerja sangat, bukan melarang atau mencadangkan tindakan yang boleh membantutkan proses perkembangan kendiri sebaliknya hanya cadangan agar duduk di rumah dengan membantu Ibu dan Bapa , agar kesunyian mereka tanpa kita sewaktu kita sibuk mengejar ilmu pengetahuan terubat dengan mendengar celoteh anaknya yang makin matang berbicara dan secara tidak langsung ibu atau bapa akan senang  dan gembira melihat anak mereka itu. Hargailah ibu bapa kita!. Kasihi mereka, beralahlah tika tidak berpuas hati dengan tindakan mereka.

Sampai di sini sahaja coretan kali ini. Mungkin agak perlahan pengisian kali ini. Namun saya harap kita ambil berat akan peristiwa dan perkongsian pada kali ini. IBU @ AYAH. Tanpa mereka tidak berertilah kita.
Kawan-kawan yang membaca jangan lupa agar mendoakan kesejahteraan orang tua kalian, dan berbuat baiklah kepada kepada mereka agar kalian ditempatka dengan orang yang bertakwa.

Harapan agar coretan ini di baca MAK , HANIDAH BINTI OSMAN yang disayangi..



Di sini saya ingi memberi sedikit perkongsian saya tentang hadis yang saya dalami;

1) Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan murka Allah pun terletak pada murka kedua orang tua. (HR. Al Hakim)  

2) Seorang datang kepada Nabi Saw. Dia mengemukakan hasratnya untuk ikut berjihad. Nabi Saw bertanya kepadanya, "Apakah kamu masih mempunyai kedua orangg tua?" Orang itu menjawab, "Masih." Lalu Nabi Saw bersabda, "Untuk kepentingan mereka lah kamu berjihad." (Mutafaq'alaih)Penjelasan:Nabi Saw melarangnya ikut berperang karena dia lebih diperlukan kedua orang tuanya untuk mengurusi mereka.

3)Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir. (HR. Muslim)Penjelasan:Yang dimaksud kufur nikmat dan bukan kufur akidah.




Sekian dariku, Hazwan Zulkifle.

"Akan Tiba Satu Detik Dan Saat
 Di Mana Kita Akan Kehilangan Tempat Bergantung
 Sehinggalah  Kita sedar 
Bahawa Allah Sentiasa Bersama Dengan Kita"











Bidang Pengacaraan Platform Untuk Berinteraksi Secara Terbuka.




  بيسميلاهيرروهمانيراهيم 

Assalamualaikum w.b.t.
Sekali-sekala apabila anda ditonjolkan untuk mara ke hadapan untuk mengendalikan sesuatu majlis, Apa tindakan anda? Menolak dengan pelbagai alasan? Atau terus menghilangkan diri dan tak muncul-muncul lagi!

Begitulah naluri yang saya alami, bergolak dengan banyak pertanyaan sama ada untuk terus duduk sebagai penonton dan pengkritik kepada gelagat MC yang beraksi atau mencabar diri untuk keluar daripada ruang lingkup keselesaan @ ‘comfort zone’ sedia untuk teruji pula. Hakikatnya apabila kita telah mula disuarakan untuk mengendalikan sesuatu majlis, maknanya orang telah mula memberi kepercayaan kepada kita. Jadi nak tak nak saya sahut cabaran itu dan cuba buat yang terbaik. Inilah masanya untuk saya memotivasikan diri dan membangunkan diri dan potensi di tengah-tengah khalayak dan masyarakat.

MC Malam Anugerah ZaBa 2011/2012
Di UM ni saya telah mula diberi kepercayaan sebagai MC untuk mengendalikan majlis Malam Kebudayaan Melayu Zaba. Agak gementar mulanya, terketar juga kaki sewaktu melontarkan kata-kata, sambil berbenyek mulut ketika bercakap, nak senyum tapi tak boleh senyum tiba-tiba mencebik,. Nasib lah ada rostrum dapat lah sembunyi segala kelemahan diri ketika berkata-kata. Mana tidak nya apabila beraksi di kawasan terbuka sambil di tonton oleh rakan-rakan yang sebaya, golongan berusia dan mereka yang berpengalaman dalam bidang ini di samping itu dengan kehadiran tetamu kehormat Dato’ Abdul Aziz Sattar lagi mendebarkan jiwa. Sesudah itu saya mendapati kritikan yang membina dan positif sebagai platform awal membangunkan potensi diri. Seronok juga la apabila selesai. J. Seterusnya kepercayaan itu berterusan lagi apabila muncul event baru, muncul pula tawaran baru. Kali ini saya antara 5 pengacara terpilih untuk mengendalikan majlis penganugerahan kolej kediaman Zaba. Hanya saya sahaja lelaki yang terpilih . Dan di pertanggungjawabkan mengendalikan majlis formal. Kali ini lebih hebat kerana mengendalikan sebuah majlis berprestij dihadapan orang ternama, iaitu Dato Abdul Aziz Singah dan Prof. Dato’ Dr Rohana Yusof.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit peranan seorang pengacara majlis berdasarkan apa yang telah saya pelajari daripada mereka yang berusaha membentuk bakat pengacaraan saya.

PERANAN SEORANG PENGACARA  (MC)
1.    Seorang pengacara perlu bijak untuk mengawal majlis dengan baik dan menjadikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.
2.    Pengacara juga perlulah memastikan semua orang dapat mendengar percakapan pengacara dengan jelas dan lancar serta dapat difahami.
3.    Jangan bercakap terlalu laju sangat, atau bercakap terlalu perlahan. Se eloknya perlulah secara ungkapan demi ungkapan atau perlahan-lahan (step-by-step).
4.    Jangan cakap perkara yang kita tidak mahir atau tidak pasti.
5.    Apabila mengacarakan majlis, pandang muka semua orang dari kiri ke kanan, dan dari hadapan ke belakang majlis.
6.    Jangan menyentuh perasan sensitif yang tidak disenangi oleh orang ramai.
7.    Pelbagaikan nada dan intonasi suara ketika mengacarakan majlis agar lebih berseri dan berseni majlis itu kerana yang hadir inginkan keindahan.
8.    Bercakaplah perkara yang ringan-ringan dan sesekali boleh buat jenaka ringan untuk mengurangkan ketegangan dan kebosanan pendengar.
9.     Jalankan tugas dengan menepati masa. Jangan meleret-leret.
١.  Beri ucapan penghargaan kepada pihak yang telah berbuat sesuatu kebaikan.

Secara tidak langsung bidang pengacaraan turut menjadi sesuatu bahan ilmiah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keberanian berinteraksi dihadapan khalayak ramai.



Mengacarakan Malam Kebudayaan Melayu Zaba
Pada tanggal 12 Mei 2012 kolej kediaman kami; Zaba@ 7 telah dikunjungi oleh Saudara Wan Kamarudin Wan Kamaruzaman yang merupakan seorang ikon pengacaraan TV pilihan saya. Beliau juga merupakan  seorang pengacara TV yang pernah mencetuskan fenomena dalam bidang pengacaraan suatu ketika dahulu dengan tagline 'apa kejadah semua ini?' dan diikuti Izwan Azir Salleh penyampai TV3 untuk memberi serba sedikit pengalaman tentang perjuangan mereka dalam mengharungi dunia pengacaraan masa ini.



Bersama kawan-kawan bergambar kenangan dengan Izwan Azir  Salleh





Bersama teman rapat bergambar bersama Ikon pengacara siri penyiasatan tersohor negara
Wan Kamarudin Wan Kamaruzaman @ Apa Kejadah Semua Ini.








Tuesday 15 May 2012

DEMI MASA

Assalamualaikum w.b.t. ..


Sekian lama tidak menulis. Berbagai badai dan rintangan yang dilalui secara langsung mahupun tidak langung di saat-saat akhir semester ini. Subhanallah.. Kalau dia kehendaki perkara itu berlaku maka tetap ia akan berlaku..



Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Dipetik dari :



Coretan kali ini berkenaan masa dan diri ini..
Ketika diri ini sibuk menyiapkan suatu tugasan tiba-tiba datang lagi tugasan baru.. yang datang tu pula bukan lah 1 atau 2 perkara tapi boleh dianalogikan sebagai satu guni sekali banyaknya bertimpa.. manakan nak siapkan assignmentnya, projek-projek kolej dan projek fakulti& universiti lagi. Hanya Allah sajalah yang maha tahu betapa beratnya tanggungjawab yang hendak dipikul ni. Kalau boleh dibahagikan badan ni menggunakan chakra macam siri anime Naruto tu.. hehe.. dah berpecah dah kepada beberapa bahagian kerja-kerja yang hendak diselesaikan.


Justeru apabila berada dalam keadaan begini agak sukar untuk membuat keputusan, oleh itu saya tetap menerima tugasan yang diberikan dalam masa yang sama lebih memilih perkara yang lebih utama dan menyisihkan perkara yang saya rasa boleh dibuat kemudian dengan harapan 'budi bicara @ alasan' diterima..


Namun apa yang berlaku, perkara ini akhirnya memakan diri sendiri apabila niat di hati pada mulanya nak menambah pengalaman sebaliknya hanya ingin menjaga hati apabila diberi harapan dan kepercayaan.. seperti tercabar pula kalau tidak menerima sesuatu tugasan tu. Memakan diri sendiri tu boleh dikatakan seperti kualiti tidur yang kurang baik, masa riadah dan aktiviti memanjakan diri juga tidak teratur, pemikiran bercelaru dan sebagainya.


Oleh itu, saya ingin mengetengahkan beberapa kaedah penjagaan masa berkualiti.


 Yang utama ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan disini adalah kita mesti melakukan jadual harian. jadual itu termasuk:

1. Masa membaca buku atau mengulangkaji

2. Waktu bermain atau beriadah

3. Waktu menonton televisyen

4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah

5. Waktu membantu ibu dan ayah

6. Waktu menziarahi rumah kawan

            Semua aktiviti yang ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang padu. Perkara ini bukan peraka remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas dan ianya mesti dipatuhi.

           Selalunya kita dengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-olah kita tidak tidak mendapat apa-apa daripada pembelajaran tersebut. Berbeza kadang-kadang kita mendengar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan yang amat cemerlang. Perbezaan antara individu ini adalah hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang kita gunakan. Ini dapat dilihat dalam refleksi yang pernah disampaikan oleh abang mirul n kak Elin berkenaan penciptaan time planner melalui ini ianya dirasakan sesuai dalam menguruskan masa.

Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita menjadi antara orang yang lebih awal menyiapkan tugas-tugas agar pada masa yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran. Kita belajar tidak semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-saat akhir. Kebanyakan orang mengatakan tekanan apabila mendengar tentang peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika cepat merasakan yang bahawa kita sudah tiada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir".

Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Masa cukup tetapi cara untuk menguruskan masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi. Sebagai contoh, semasa berada di dalam LRT atau tempat menunggu bas kita sering akan berasa bosan. Kenapa??? :- Hal ini kerana masa 30 minit yang terluang itu sangat lama untuk sampai ke tempat yang dituju. Sepatutnya semasa di dalam LRT atau tempat menunggu bas,masa boleh di gunakan dengan membaca nota, atau buku-buku agar masa yang ada itu dimanfaatkan dengan aktiviti yang berkesan.

Daripada segi penumpuannya selalu kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila rakan-rakan bercakap tentang pelajaran saya atau beberapa individu sememangnya kurang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun berada dalam keletihan. Oleh itu kita mesti ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran. Gangguan yang lain perlu dielakkan.
 Daripada segi penumpuannya selalu kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila rakan-rakan bercakap tentang pelajaran saya atau beberapa individu sememangnya kurang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun berada dalam keletihan. Oleh itu kita mesti ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran. Gangguan yang lain perlu dielakkan. 

Sebagai manusia kita perlu rehat dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.Kita selalu beranggapan bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita benar-benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan.

Saya mencadangkan agar kita pelajar perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada malamnya pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah kita menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran. Kebiasaannya pada waktu seumpama ini;selesai solat subuh dan sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia. Pakar mengatakan bahawa belajar pada waktu pagi baik untuk  mengingat. Pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan.

Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran.



Setakat ada time planner sahaja belum tentu menyumbang kepada pengurusan masa yang berkualiti; effort, disiplin dan prinsip yang jitu dalam menggerakan apa yang dirancang adalah penting dalam melaksanakan agenda harian.



















































Sunday 13 May 2012

First coaching

Alhamdulilah dan besyukur ke hadrat ilahi. Ini merupakan blog pertama yang dihasilkan bagi berkongsi segala pengalaman yang akan dilalui dalam menempuh segala ranjau kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini. Oleh itu sebagai permulaan saya menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium interaksi utama. Bukan tidak mahu berbahasa inggeris, tetapi masih belum dapat keyakinan untuk berinteraksi dengan baik dalam bahasa ini. Walaubagaimanapun sesi coaching bersama rakan-rakan U-Youth akan membantu sebagai peer coaching kepada saya bagi menangani segala kelemahan yang ada. Insyalah dengan bimbingan Kak Elin sebagai coach U-Youth sehingga 31 ogos 2012 ini di harap dapat mengubah segala kelemahan yang dialami terutama sekali nak berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Walaubagaimanapun REAL LEADERSHIP adalah terbaik!