Wednesday, 16 May 2012

Bidang Pengacaraan Platform Untuk Berinteraksi Secara Terbuka.




  بيسميلاهيرروهمانيراهيم 

Assalamualaikum w.b.t.
Sekali-sekala apabila anda ditonjolkan untuk mara ke hadapan untuk mengendalikan sesuatu majlis, Apa tindakan anda? Menolak dengan pelbagai alasan? Atau terus menghilangkan diri dan tak muncul-muncul lagi!

Begitulah naluri yang saya alami, bergolak dengan banyak pertanyaan sama ada untuk terus duduk sebagai penonton dan pengkritik kepada gelagat MC yang beraksi atau mencabar diri untuk keluar daripada ruang lingkup keselesaan @ ‘comfort zone’ sedia untuk teruji pula. Hakikatnya apabila kita telah mula disuarakan untuk mengendalikan sesuatu majlis, maknanya orang telah mula memberi kepercayaan kepada kita. Jadi nak tak nak saya sahut cabaran itu dan cuba buat yang terbaik. Inilah masanya untuk saya memotivasikan diri dan membangunkan diri dan potensi di tengah-tengah khalayak dan masyarakat.

MC Malam Anugerah ZaBa 2011/2012
Di UM ni saya telah mula diberi kepercayaan sebagai MC untuk mengendalikan majlis Malam Kebudayaan Melayu Zaba. Agak gementar mulanya, terketar juga kaki sewaktu melontarkan kata-kata, sambil berbenyek mulut ketika bercakap, nak senyum tapi tak boleh senyum tiba-tiba mencebik,. Nasib lah ada rostrum dapat lah sembunyi segala kelemahan diri ketika berkata-kata. Mana tidak nya apabila beraksi di kawasan terbuka sambil di tonton oleh rakan-rakan yang sebaya, golongan berusia dan mereka yang berpengalaman dalam bidang ini di samping itu dengan kehadiran tetamu kehormat Dato’ Abdul Aziz Sattar lagi mendebarkan jiwa. Sesudah itu saya mendapati kritikan yang membina dan positif sebagai platform awal membangunkan potensi diri. Seronok juga la apabila selesai. J. Seterusnya kepercayaan itu berterusan lagi apabila muncul event baru, muncul pula tawaran baru. Kali ini saya antara 5 pengacara terpilih untuk mengendalikan majlis penganugerahan kolej kediaman Zaba. Hanya saya sahaja lelaki yang terpilih . Dan di pertanggungjawabkan mengendalikan majlis formal. Kali ini lebih hebat kerana mengendalikan sebuah majlis berprestij dihadapan orang ternama, iaitu Dato Abdul Aziz Singah dan Prof. Dato’ Dr Rohana Yusof.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit peranan seorang pengacara majlis berdasarkan apa yang telah saya pelajari daripada mereka yang berusaha membentuk bakat pengacaraan saya.

PERANAN SEORANG PENGACARA  (MC)
1.    Seorang pengacara perlu bijak untuk mengawal majlis dengan baik dan menjadikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.
2.    Pengacara juga perlulah memastikan semua orang dapat mendengar percakapan pengacara dengan jelas dan lancar serta dapat difahami.
3.    Jangan bercakap terlalu laju sangat, atau bercakap terlalu perlahan. Se eloknya perlulah secara ungkapan demi ungkapan atau perlahan-lahan (step-by-step).
4.    Jangan cakap perkara yang kita tidak mahir atau tidak pasti.
5.    Apabila mengacarakan majlis, pandang muka semua orang dari kiri ke kanan, dan dari hadapan ke belakang majlis.
6.    Jangan menyentuh perasan sensitif yang tidak disenangi oleh orang ramai.
7.    Pelbagaikan nada dan intonasi suara ketika mengacarakan majlis agar lebih berseri dan berseni majlis itu kerana yang hadir inginkan keindahan.
8.    Bercakaplah perkara yang ringan-ringan dan sesekali boleh buat jenaka ringan untuk mengurangkan ketegangan dan kebosanan pendengar.
9.     Jalankan tugas dengan menepati masa. Jangan meleret-leret.
١.  Beri ucapan penghargaan kepada pihak yang telah berbuat sesuatu kebaikan.

Secara tidak langsung bidang pengacaraan turut menjadi sesuatu bahan ilmiah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan keberanian berinteraksi dihadapan khalayak ramai.



Mengacarakan Malam Kebudayaan Melayu Zaba
Pada tanggal 12 Mei 2012 kolej kediaman kami; Zaba@ 7 telah dikunjungi oleh Saudara Wan Kamarudin Wan Kamaruzaman yang merupakan seorang ikon pengacaraan TV pilihan saya. Beliau juga merupakan  seorang pengacara TV yang pernah mencetuskan fenomena dalam bidang pengacaraan suatu ketika dahulu dengan tagline 'apa kejadah semua ini?' dan diikuti Izwan Azir Salleh penyampai TV3 untuk memberi serba sedikit pengalaman tentang perjuangan mereka dalam mengharungi dunia pengacaraan masa ini.



Bersama kawan-kawan bergambar kenangan dengan Izwan Azir  Salleh





Bersama teman rapat bergambar bersama Ikon pengacara siri penyiasatan tersohor negara
Wan Kamarudin Wan Kamaruzaman @ Apa Kejadah Semua Ini.








1 comment:

  1. Salam Hazwan

    Great! Very proud of you.
    Remember, you don't have to be great to start, you just need to start.

    Love & Doa
    Abang Amirul & Kak elin

    ReplyDelete