اسسالاموالايكوم
بيسميلاهيراهما نيراهيم
Alhamdulillah....
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana
dengan Limpah Kurnia Nya, maka dapatlah sekali lagi idea dikurniakan untuk
mengisi sedikit luahan hati dalam blog kali ini.
Pengisian kali ini berpunca
daripada sebuah lagu yang menjadi siulan saya pada jam 3.00petang, 13Mei 2012 .
Mana tidaknya, sedang asyik berbual menunggu juadah makanan tengahari di kedai
makan kk3, UM tiba di atas meja , secara tiba-tiba kedengaran lagu popular era 90an, 'Oh Ibu' nyanyian Mamat Exist. Sedang asyik menyanyi tiba-tiba teman sepengajian
menangis. Saya menjangkakan yang dia menangis disebabkan sudah lama tidak balik
ke kampung halaman. Untuk membiarkan lagi suasana girang saya hari tu bertambah
riak dan cuba untuk memanjangkan suasana sedih kawan saya itu, saya teruskan
nyanyian dengan niat saya gembira melihat dia menangis. Bukan apa kami selalu
berperang kalau berjumpa. Tapi peperangan kami adalah berkaitan sikap kami
sendiri yang cuba untuk menegakkan benang yang basah atas sesuatu isu yang
kami bangkitkan. Pada hari kejadian saya merasakan hari itu adalah hari saya.. hahaha..
(ketawa orang yang berjaya).. Tapi lain pula berlaku apabila seorang teman yang
cuba meredakan kesedihan sahabat saya itu mengatakan yang ibunya telah meninggal
dunia. Terus Hari kami pada hari itu
menjadi suram tiba-tiba. Kami menatapi kekesalan kerana membangkitkan lagi rasa
sedih sahabat kami ini atas ketiadaan ibunya. Namun, hasil daripada kejadian ini
kami mendapati bahawa sahabat kami ini menyimpan sesuatu bebanan dan kesedihan
yang tak tertanggung kiranya diberikan Allah kepada kami.
Sahabat kami ini kuat
orangnya, cekal hatinya. Tugas anak sulung yang bertanggungjawab menuntut ilmu
jauh daripada keluarga yang disayangi itu
diharap dapat memberi inspirasi kepada 6 beradiknya lagi. Saya mendoakan agar
ibu sahabat saya ini berada di samping hamba-hamba yang bertakwa dan beramal
soleh disisi penciptanya. Semoga sahabat saya ini juga cekal dan ceria dalam
menuntut ilmu dikejauhan rantau ini. Kiranya saya berharap agar ada lagi
perkongsian antara kita.
‘Sharing is caring’.
Diharapkan agar kalian dapat mendalami kisah ini dan tidak
menjadi halangan untuk saya berkongsi penulisan saya berkaitan tajuk ini. Untuk kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU
khususnya buat MAK yang tersayang dan juga buat mereka
yang bergelar ibu atau yang bakal bergelar ibu di seluruh dunia. Apabila
membicarakan tentang Hari Ibu ni sebenarnya agak segan
bagi diri untuk berkongsi dengan khalayak kerana kehidupan saya ini yang
mungkin agak berbeza dengan teman yang lain. Mungkin pada teman-teman, mengucakpakan Selamat
Hari Ibu itu adalah mudah umpama A,B,C.. tetapi bagi saya, sangat
susah untuk bibir menuturkannya. Bukan tidak rapat dengan MAK,
tetapi berasa malu kerana bukan sikap yang dianjurkan dalam keluarga sejak
kecil dan sudah menjadi kebiasaan dalam keluarga untuk tidak menyambut Hari
Ibu. kerana pada kami sekeluarga setiap hari adalah Hari Ibu mahupun Bapa.
Hari Ibu ini diwujudkan adalah untuk
memberi pengiktirafan buat ibu-ibu di seluruh dunia tentang jasa dan
pengorbanan mereka mendewasakan anaknya. Justeru hal yang sama juga pada ana,
cuma mungkin gaya, cara dan konsep saya mengeksperesikan kasih dan sayang saya agak berbeza dengan kalian. Pada saya, setiap hari kita hendaklah memberikan pengiktirafan dan
penghargaan kepada Ibu dan Bapa kita. Kita lahirkan rasa kasih dan sayang yang
sememangnya membantu dan berkorban demi kita tidak kira masa dan waktu.
Tidak
lama lagi cuti bakal tiba menamatkan semester ini Justeru saya ingin mengesyorkan sahabat-sahabat,
agar di musim cuti ini, tidak perlulah kita mencari kerja sangat, bukan
melarang atau mencadangkan tindakan yang boleh membantutkan proses perkembangan
kendiri sebaliknya hanya cadangan agar duduk di rumah dengan membantu Ibu dan
Bapa , agar kesunyian mereka tanpa kita sewaktu kita sibuk mengejar ilmu
pengetahuan terubat dengan mendengar celoteh anaknya yang makin matang
berbicara dan secara tidak langsung ibu atau bapa akan senang dan gembira
melihat anak mereka itu. Hargailah ibu bapa kita!. Kasihi mereka, beralahlah
tika tidak berpuas hati dengan tindakan mereka.
Sampai di sini sahaja coretan kali ini. Mungkin agak
perlahan pengisian kali ini. Namun saya harap kita ambil berat akan peristiwa
dan perkongsian pada kali ini. IBU @
AYAH. Tanpa mereka tidak berertilah kita.
Kawan-kawan yang membaca jangan lupa agar mendoakan
kesejahteraan orang tua kalian, dan berbuat baiklah kepada kepada mereka agar
kalian ditempatka dengan orang yang bertakwa.
Harapan agar coretan ini di baca MAK , HANIDAH BINTI OSMAN yang disayangi..
Di sini saya ingi memberi sedikit perkongsian saya tentang hadis yang saya dalami;
1) Keredhaan
Allah tergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan murka Allah pun terletak
pada murka kedua orang tua. (HR. Al Hakim)
2) Seorang
datang kepada Nabi Saw. Dia mengemukakan hasratnya untuk ikut berjihad.
Nabi Saw bertanya kepadanya, "Apakah kamu masih mempunyai kedua
orangg tua?" Orang itu menjawab, "Masih." Lalu Nabi Saw
bersabda, "Untuk kepentingan mereka lah kamu berjihad."
(Mutafaq'alaih)Penjelasan:Nabi Saw melarangnya ikut berperang karena dia
lebih diperlukan kedua orang tuanya untuk mengurusi mereka.
3)Jangan
mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan
orang tuanya maka dia kafir. (HR. Muslim)Penjelasan:Yang dimaksud kufur
nikmat dan bukan kufur akidah.
Sekian dariku, Hazwan Zulkifle.
"Akan Tiba Satu Detik Dan Saat
Di Mana Kita Akan Kehilangan Tempat Bergantung
Sehinggalah Kita sedar
Bahawa Allah Sentiasa Bersama Dengan Kita"